Semua artikel
Perlindungan

Penting ke perlindungan harta untuk keluarga kita?

5 step perlindungan harta.

Dalam sesi ni, kita nak bincang macam mana kita boleh lindungi harta kita dari dilelong, dirampas, oleh bank atau orang lain.

Ya, mungkin tak pernah terlintas dalam fikiran. “Eh, siapa pulak nak rampas harta kita kan?“

1. Ketahui situasi macam mana harta kita boleh dirampas/lelong

  • Hilang pendapatan

Kebanyakan orang beli rumah secara hutang, beli kereta secara hutang.

Kita bayar pinjaman secara bulanan dari pendapatan kita. 

Tak semua orang bernasib baik pendapatan stabil sampai umur bersara.

Ada situasi kena berhenti kerja atau perniagaan rugi, besar kemungkinan kita terpaksa melepaskan rumah dan kereta besar untuk teruskan hidup.

  • Meninggal dunia

Dalam kes meninggal dunia, ada beberapa keadaan menyebabkan keluarga kita kena tinggalkan rumah kesayangan, samada hutang tak mampu diselesaikan sepenuhnya, atau ada waris lain yang menuntut hak faraid mereka ke atas rumah tersebut.

  • Sakit kritikal

Sesetengah syarikat tak dapat gajikan pekerja yang mempunyai isu kesihatan, terutamanya yang melibatkan prestasi kerja menurun dan perlu ambil cuti panjang untuk rawatan pemulihan sakit kritikal. 

  • Kemalangan

Sesiapa pun boleh ditimpa kemalangan pada bila-bila masa, sekiranya kesihatan kita atau tubuh badan kita terjejas akibat kemalangan, besar kemungkinan kita akan kehilangan punca pendapatan.

2. Kenalpasti berapa hutang yang perlu dibayar untuk elak harta dilelong

Senaraikan semua hutang yang kita ada.

Semak baki hutang tersebut setakat ini.

Ada tak senario-senario yang tak dilindungi oleh takaful berkaitan dengan pinjaman tersebut (sekiranya ada).

3. Kenalpasti manfaat takaful kita yang sedia ada, keadaan macam mana (triggering events) dan berapa jumlah pampasan akan diterima sekiranya tuntutan dibuat 

Selain untuk langsai hutang, ada keperluan lain yang kita perlukan wang untuk teruskan hidup.

Sekiranya kita ditimpa sakit kritikal atau kemalangan, anak-anak kita masih perlu wang untuk sambung pelajaran.

Makan minum kita juga perlukan belanja besar.

Kadang kala kita perlu travel dan tempat tinggal sekiranya rawatan berterusan jauh dari tempat tinggal.

4. Kenalpasti berapa sumber lain yang kita sedia ada selain takaful.

Selain dari takaful, harta kita yang lain termasuk simpanan dan pelaburan sedia ada juga boleh digunakan untuk lindungi harta dari di lelong.

5. Tutup gap berapa yang kita tak cukup

Setelah kita buat empat (4) step di atas, pasti kita dah tahu secara jelas, berapa gap yang masih ada untuk betul-betul selamatkan harta kita dan teruskan hidup semasa peristiwa seperti kemalangan, sakit kritikal, lumpuh seluruh badan.